fbpx

Fasiliti kesihatan swasta dibenar guna jururawat terlatih warga asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Fasiliti kesihatan di negara ini kini dibenarkan menggunakan khidmat jururawat terlatih warga asing (JTWA) tanpa kelayakan pos basik selepas Kementerian Kesihatan (KKM) memberi beberapa kelonggaran bersyarat.

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, beberapa kriteria yang mengekang bagi pengambilan JTWA oleh pihak swasta telah dikaji semula dan diberi kelonggaran sementara demi kepentingan perkhidmatan baik serta berdaya saing.

“Antara syarat ditetapkan ialah JTWA perlu menduduki ujian Malaysian Nursing Board Qualification Examination for Foreign Trained Nurses dikendalikan Lembaga Jururawat Malaysia.

“Selain itu, pengambilan JTWA sah bagi tempoh 12 bulan sahaja iaitu mulai 1 Oktober 2023 sehingga 30 September 2024 dan pelanjutan perkhidmatan dibenarkan selama 12 bulan mengikut kelulusan Perakuan Pengamalan Sementara (TPC) JTWA.

“Perkara itu akan dinilai semula berdasarkan keadaan dan keperluan semasa,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Dr. Zaliha memberitahu, bilangan JTWA di setiap fasiliti kesihatan swasta juga tidak boleh melebihi 40 peratus daripada jumlah jururawat di fasiliti tersebut.

“Pengambilan JTWA juga hendaklah mematuhi kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Dalam Negeri termasuk perincian gaji dan tempoh kontrak.

“Keputusan itu turut disambut baik oleh industri perubatan swasta kerana ianya dapat membantu mengoptimumkan pengoperasian dan perkhidmatan mereka,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI