fbpx

Kaedah tender pra-kelayakan percepatkan pembinaan Pan Borneo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadillah ketika meninjau Karnival Sara Hidup Peringkat Negeri Sarawak di Dewan Hikmah Kuching, hari ini.

KUCHING – Kaedah tender pra-kelayakan merupakan antara langkah yang perlu diambil dalam pemilihan kontraktor bagi mempercepatkan proses tender pakej kerja projek Lebuhraya Pan Borneo.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata telah mencadangkan kaedah itu kepada Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Kementerian Kewangan, bagi mengatasi masalah yang dihadapi menggunakan kaedah tender terbuka.

“Walaupun fasa satu Lebuhraya Pan Borneo telah mencapai 98 peratus siap, namun 35 pakej kerja di Sabah menghadapi beberapa cabaran.

“Walaupun ada yang telah ditender (pakej lebuh raya Pan Borneo), terdapat kira-kira 18 lagi yang perlu ditender,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Karnival Sara Hidup Peringkat Negeri Sarawak di Dewan Hikmah Kuching, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena sambutan Hari Malaysia malam tadi, yang menugaskannya untuk menyegerakan pembinaan Lebuhraya Pan Borneo daripada jangkaan tempoh yang telah ditetapkan.

Menurut Fadillah yang juga bekas Menteri Kerja Raya, berdasarkan laporan KKR, proses tender dijangka siap tahun ini bagi baki pakej yang masih belum ditender.

“Namun sekiranya kita membuat tender terbuka, ia akan mengambil masa terlalu lama tetapi dengan tender pra-kelayakan, akan ada kriteria dan hanya yang berminat akan mengambil tender,” ujarnya.

Menjelas lanjut, beliau berkata bagi kaedah tender pra-kelayakan, hanya syarikat yang layak dalam kriteria akan dipanggil manakala proses tender terbuka, bukan sahaja ramai yang akan memohon malah ia akan mengambil masa untuk diproses.

“Malah kriteria kontraktor mungkin tidak boleh dipercayai seperti yang kita harapkan dan ini sahaja akan menjejaskan projek secara keseluruhan,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI