fbpx

Perdana Menteri sokong usaha damai Mindanao

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar Ibrahim. Foto oleh FARIZ RUSADIO/ KOSMO!

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan sokongan penuhnya terhadap komitmen kerajaan Filipina di bawah pemerintahan presidennya, Marcos Jr. dalam proses damai Mindanao ketika ini.

Melalui satu hantaran di Twitternya sebentar tadi, Anwar menjelaskan, kerajaan Malaysia akan terus menyokong usaha Marcos Jr. untuk memastikan proses damai di Mindanao mencapai objektif sebenarnya.

“Saya mengambil maklum mengenai satu Resolusi No.318 daripada Parlimen Bangsamoro Transition Authority (BTA) di Selatan Filipina yang merakamkan penghargaan mereka terhadap komitmen serta sokongan berterusan Kerajaan Malaysia dalam Proses Damai Mindanao.

“Seperti yang saya zahirkan sebelum ini, proses damai ini harus berjaya bukan sahaja demi kemaslahatan Malaysia dan Filipina, malah seluruh rantau ini juga.

“Malaysia akan terus menyokong usaha pimpinan Presiden Marcos Jr. untuk memastikan proses damai di Mindanao mencapai objektifnya,” tulisnya di Twitter.

Tambah beliau, Malaysia juga telah nyatakan kesudian untuk memberi bantuan pembinaan keupayaan dan pembangunan sosioekonomi masyarakat Bangsamoro, yang mana ia akan dapat menyumbang kepada kejayaan tersebut.

Terdahulu, Resolusi No.318 daripada Parlimen Bangsamoro Transition Authority (BTA) yang dikeluarkan semalam menyatakan pihak mereka menghargai kesudian kerajaan Malaysia yang ingin membantu proses damai bagi menjadikan Mindanou satu kawasan aman dan membangun. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI