fbpx

Mahkamah: Kes pecah amanah RM6.6 bilion, Najib dan Mohd. Irwan dibicara bermula Jun 2024.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Najib dan Mohd. Irwan

KUALA LUMPUR – Perbicaraan enam pertuduhan pecah amanah RM6.6 bilion melibatkan Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd. Irwan Serigar akan bermula Jun dan Julai tahun depan selama 30 hari di Mahkamah Tinggi di sini.

Enam pertuduhan pecah amanah itu ialah dana kerajaan yang digunakan sebagai bayaran kepada Syarikat Pelaburan Petroleum Antarabangsa (IPIC).

Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin menetapkan tarikh-tarikh tersebut selepas dipersetujui kedua-dua belah pihak.

Tarikh-tarikh yang ditetapkan itu ialah 4 hingga 6, 10 hingga 13, 19 dan 20, 24 hingga 27 Jun yang kemudian bersambung pada Julai iaitu 2 hingga 4, 9 hingga 11, 15 hingga 18, 22 hingga 25, dan 29 hingga 31.

Dalam prosiding hari ini pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi manakala Najib dan Mohd. Irwan masing-masing diwakili peguam Tan Mohamed Shafee Abdullah dan Datuk K.Kumarendran.

Sementara itu, berhubung dengan representasi pihak pendakwaan tidak menyebut mengenai perkembangan perkara itu semasa prosiding.

Pada awal Ogos lalu, Najib mengemukakan representasi kedua agar Jabatan Peguam Negara (AGC) mengkaji enam pertuduhan pecah amanah harta Kerajaan Malaysia berjumlah RM6.6 bilion yang dihadapinya bersama-sama Mohd. Irwan.

Ia susulan representasi pertama yang dikemukakan pada tahun 2021 melalui firma guaman yang mewakilinya, Tetuan Shafee & Co. ditolak setahun kemudian.

Representasi kedua Najib melibatkan jumlah dokuman yang banyak dan sama dengan lampiran dalam representasi kedua yang dikemukakan oleh Mohd. Irwan.

Pada 3 Mac 2022, Hakim, Muhammad Jamil menolak permohonan Najib, 70, dan Mohd. Irwan, 67, agar mereka dilepas tanpa dibebaskan daripada semua pertuduhan pecah amanah dana kerajaan yang digunakan sebagai bayaran kepada Syarikat Pelaburan Petroleum Antarabangsa (IPIC) atas alasan pihak pendakwaan bersedia untuk menjalankan kes.

Terdahulu pada 25 Oktober 2018, Najib dan Mohd. Irwan mengaku tidak bersalah terhadap keenam-enam pertuduhan tersebut.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Kompleks Kementerian Kewangan di Putrajaya antara 21 Disember 2016 dan 18 Disember 2017.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Pada Februari lalu, media melaporkan Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc) dan 1MDB telah mencapai satu penyelesaian mengenai pertikaian mereka dengan IPIC dan Aabar Investments PJS (Aabar PJS).

Perkara itu ialah mengenai prosiding undang-undang di Mahkamah Timbangtara Antarabangsa London dan Mahkamah Tinggi London.

Menurut Kementerian Kewangan, IPIC dan Aabar PJS dari Abu Dhabi bersetuju untuk membayar AS$1.8 bilion (kira-kira RM8.06 bilion) kepada MoF Inc dan 1MDB. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI