fbpx

Chegu Bard dibebaskan pagi tadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Badrul Hisham

PETALING JAYA – Ahli Jawatankuasa Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Badrul Hisham Shaharin atau dikenali sebagai Che’gu Bard dibebaskan pagi tadi.

Mengesahkan perkara tersebut, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd Zain berkata, lelaki berkenaan dibebaskan kira-kira pukul 3 pagi tadi selepas keterangannya diambil.

“Ya, sudah dibebaskan,” katanya ringkas ketika dihubungi.

Semalam, polis mengesahkan penahanan dibuat terhadap Chegu Bard selepas keeganannya memberikan kerjasama atas enam kertas siasatan dibuka sejak Jun lalu.

Bagaimanapun, tangkapan tersebut tidak melibatkan ‘Himpunan Aman Selamatkan Malaysia’ yang dijadualkan di Masjid Jamek Kampung Baru, di sini, esok.

Antara kesalahan melibatkan lelaki berusia 41 tahun itu adalah kenyataan mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyerahkan blok Ambalat Kepada Indonesia, pendedahan dokumen kerajaan dan beberapa kes berkaitan dakwaan terhadap pemimpin kerajaan.

Kesemua kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955, Seksyen 500 Kanun Keseksaan (KK), Seksyen 203A KK, Seksyen 504 KK, Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 serta Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI