fbpx

YDP Pas Kangar mengaku tidak bersalah hina raja, agama Islam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YUSSAINE (dua dari kanan) berjalan keluar selepas selesai membayar ikat jamin di Kompleks Mahkamah Syariah Kangar, hari ini.

KANGAR – Yang Dipertua Pas Kawasan Kangar, Yussaine Yahya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini atas pertuduhan menghina kuasa raja dan badan-badan agama Islam negeri, Mac lalu.

Yussaine, 43, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Syarie, Mohamad Zaidi Abdullah.

Dia dituduh menganjurkan ceramah agama dengan menjemput Ustaz Mohamad Wadi Annuar Ayub yang tidak memiliki tauliah dari Jabatan Mufti Negeri Perlis (JMNP) melalui program Solat Tarawih dan Sembang Santai.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Maahad Tahfiz Al Quran Al Imam An Nawawi (Matin) di sini antara pukul 8.30 malam hingga 10.30 malam, 30 Mac lalu.

Mohamad Wadi Annuar tidak mempunyai tauliah JMNP yang diperuntukkan di bawah Seksyen 118 Enakmen Pentadbiran Agama Islam 2006.

Ia bertentangan dengan titah kenyataan rasmi Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail mengenai pematuhan terhadap dasar peraturan berkaitan hal ehwal agama Islam negeri Perlis.

Perkara tersebut menyebabkan Yussaine dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 38 Enakmen Jenayah Dalam Syarak 1991 kerana menghina kuasa raja pemerintah dan badan-badan agama Islam lain.

Terdahulu, Yussaine tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Syariah Perlis kira-kira pukul 8.30 pagi dengan diiringi lebih 50 penyokong yang menyatakan solidariti kepadanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI