fbpx

Hubungan Nourul dengan anak sulung dingin?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nourul enggan terus mencurah minyak ke api berhubung kemelut dengan anak sulungnya, Ayu Nazirah.

BERKONGSI detik kelahiran anak sulung sekitar 25 tahun lalu, hantaran dimuat naik penyanyi Nourul Depp dalam Instagram mencetuskan tanda tanya ramai.

Tidak menyatakan sebarang permasalahan dengan Ayu Nazirah, penyanyi itu hanya memberi bayangan seolah-olah sesuatu terjadi antara mereka.

Nourul sepertinya memberi gambaran hubungan dingin dengan anaknya pada saat ini yang mungkin telah mengguriskan hatinya.

“Wanita dalam gambar ini, dah ‘mati’ semasa membesarkan anak gadisnya. Dia mengambil seorang wanita baharu untuk menjadi ibunya sehingga dia berumur 23 tahun.

“Wanita di sini dilahirkan semula kepada orang yang berbeza. Dan bayi perempuan itu adalah milik orang lain dan wanita lain yang boleh dia panggil ibu,” katanya.

Frasa tersebut membuatkan peminat meninggalkan komen bertanyakan hal apa sebenarnya yang terjadi anatara mereka, namun dibalas dengan tenang oleh Nourul tetapi tetap meninggalkan spekulasi.

Mizz Lahar harap semuanya baik-baik saja dan Nourul sekeluarga di Bali, Indonesia terus dilingkungi kesejahteraan.

Mizz Lahar: Seorang pelakon buat hal lagi biarkan anak gadis kawan sendiri bertunggu tangga di rumahnya sampai enggan balik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI