fbpx

Suspek rusuhan di Pejabat Daerah Kanowit diburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beberapa lelaki yang bersenjatakan kayu memukul mangsa di kawasan parkir kereta bahagian belakang, Pejabat Daerah Kanowit semalam.

SIBU – Polis sedang mengesan sekumpulan lelaki yang terlibat dalam kejadian rusuhan di kawasan parkir kereta bahagian belakang, Pejabat Daerah Kanowit semalam.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, ia susulan satu laporan berkaitan kejadian diterima semalam.

Selain itu, beliau berkata pihaknya turut mengesan video kejadian yang tular di media sosial kira-kira pukul 1.30 petang.

“Kejadian telah menyebabkan dua orang lelaki mengalami kecederaan dan kenderaan mereka turut rosak.

“Punca kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru, Mohd Azman meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian untuk menyalurkan kepada Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (KBSJD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kanowit ASP Mohd Faizal Nawi di talian 016-8657432 atau IPD Kanowit di talian 084-752222. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI