fbpx

Mahkamah: Pengarah urusan, pengurus didakwa tipu RM1.24 juta projek SJKT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Syafeeq (dua kanan) dan Seng Nam ketika hadir dibawa ke Mahkamah Sesyen Shah Alam. Foto SADDAM YUSOFF

SHAH ALAM – Dua lelaki termasuk pengarah urusan syarikat perunding pembinaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, hari ini, atas dua pertuduhan penipuan sebanyak RM1.24juta, tiga tahun lalu.

Ini melibatkan kerja penyelenggaraan dan baik pulih dua buah sekolah rendah Tamil di Kuala Selangor dan Batu Arang.

Tertuduh, Mohd. Syafeeq Mohd., 40 dan Cheah Seng Nam, 48, yang juga pengurus sebuah lagi syarikat perunding membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan bersama di hadapan Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud.

Berdasarkan kedua-dua pertuduhan, mereka secara bersama telah telah memperdayakan Lembaga Pengelola Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Kampung Baru Kuala Selangor dan Batu Arang masing-masing sebanyak RM863,500 dan RM381,500.

Penipuan itu bagi mempercayai mereka adalah kontraktor yang dilantik oleh Kementerian Pendidikan (KPM) untuk
kerja-kerja penyelenggaraan, penambahbaikan dan membaik pulih fasiliti dua buah SJKT berkenaan.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah cawangan bank di Sri Gombak antara 25 Ogos sehingga 7 Disember 2020.

Sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 10 tahun, sebat dan denda mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama bagi setiap pertuduhan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Muaz Ahmad Khairuddin manakala tertuduh diwakili Peguam Ridha Abdah Subri.

Mahkamah kemudiannya menetapkan jaminan sebanyak RM40,000 bagi semua kes untuk kedua-dua tertuduh bersama seorang penjamin.

Turut diperintahkan adalah menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah serta melaporkan diri minggu pertama setiap bulan di pejabat SPRM. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI