fbpx

Industri batu kuarza dibangunkan di Cheneh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Debiao (tiga dari kiri) menyerahkan replika cek kepada Wan Adnan (dua dari kanan) pada majlis menandatangani pajakan tanah projek industri berasaskan batu kuarza di Menara Permint, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (Permint) bakal membangunkan industri berasaskan batu kuarza di Kawasan Perindustrian Bandar Baharu Cheneh (Tambahan), Kemaman, yang dijangka mula beroperasi pada tahun hadapan. 

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Permintz, Wan Adnan Wan Derahman berkata, projek di kawasan seluas kira-kira 28.76 hektar itu melibatkan kerjasama dengan Xinda Development Sdn. Bhd., iaitu subsidiari konglomerat dari China, New Zhong Yuan Group. 

Katanya, kerjasama itu membolehkan sebuah kilang memproses batu kuarza dibina dengan kos kira-kira RM600 juta. 

“Nilai pelaburan pembangunan industri berasaskan batu kuarza oleh Xinda Development berjumlah RM2.5 bilion dan ia termasuk pemindahan teknologi terkini pengeluaran batu kuarza,” katanya di sini hari ini. 

Terdahulu, beliau menandatangani perjanjian pajakan tanah bagi pembangunan projek tersebut dengan Naib Presiden New Zhong Yuan Group, Wen Debiao. 

Perjanjian pajakan tanah selama 60 tahun bernilai lebih RM14. 43 juta itu membolehkan Kawasan Perindustrian Bandar Baharu Cheneh (Tambahan) muncul sebagai pusat pengeluaran produk berasaskan batu kuarza di rantau Asia Tenggara dalam tempoh lima tahun. 

Menurut Wan Adnan, kilang terbabit bakal menghasilkan produk hiliran berasaskan batu kuarza seperti skim coat, jubin dan permukaan kabinet yang bakal digunakan dalam industri pembinaan hartanah. 

“Produk hiliran batu kuarza disasar untuk dieksport bagi pasaran Amerika Syarikat serta Eropah. 

“Projek pembangunan industri berasaskan batu kuarza ini diunjurkan mampu menyediakan peluang pekerjaan untuk sehingga 3,700 orang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI