fbpx

Budak lelaki kena dera, bapa dan ibu tiri diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kesan kecederaan yang dialami kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang dipercayai telah didera oleh bapa kandung serta ibu tiri sendiri sejak Mac lalu, di Bahau, di sini semalam. - Foto IHSAN ORANG AWAM

JEMPOL – Sepasang suami isteri ditangkap selepas dipercayai bertindak kejam mendera kanak-kanak lelaki berusia enam tahun dalam kejadian di Bahau, di sini semalam.

Difahamkan, nasib kanak-kanak malang itu hanya diketahui apabila dia melarikan diri dari rumahnya sebelum mengadu kepada orang awam.

Menurut Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook, pihaknya menerima maklumat daripada orang ramai pukul 2.30 petang bahawa terdapat seorang kanak-kanak lari dari rumah.

“Terdapat kesan luka pada badan kanak-kanak itu. Polis menyelamatkan mangsa dan membawanya ke Hospital Jempol bagi mendapatkan rawatan.

“Siasatan awal mendapati mangsa didera sejak Mac lalu hingga sekarang. Anak sulung daripada empat beradik itu dipukul ibu tiri dan bapa kandungnya menggunakan tangan, ditendang serta dirotan menggunakan senduk kayu,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Pemeriksaan lanjut ke atas mangsa mendapati terdapat banyak kesan parut dan luka di seluruh badan mangsa.

Mangsa menerima rawatan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah dan doktor mengesahkan kanak-kanak itu mengalami pelbagai kecederaan pada badan.

Bapa kandung berusia 27 tahun yang bekerja di kilang kayu dan ibu tiri berusia 31 tahun ditangkap pada hari sama. Mereka direman untuk siasatan di bawah Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-kanak 2001. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI