fbpx

Masak di stesen minyak: 15 ditahan, tiada anak timbalan menteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar klip video yang tular sebelum ini.

BENTONG – Polis mengesahkan tiada anak timbalan menteri yang ditahan berhubung kejadian memasak di sebuah stesen minyak di Genting Highlands seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd. Kahar berkata, seramai 15 individu terdiri daripada 10 lelaki dan lima wanita ditahan kelmarin bagi membantu siasatan kes tersebut.

“Mereka yang ditahan berusia 23 hingga 28 tahun. Daripada jumlah tersebut, seramai empat daripada mereka akan dituduh di mahkamah di bawah Seksyen 336 Kanun Keseksaan.

“Baki tangkapan itu akan dibebaskan dan akan menjadi saksi,” katanya di sini hari ini.

Baru-baru ini, tular satu rakaman video sekumpulan individu memasak di sebuah stesen minyak di Genting Highlands bermula pada 13 Mei lalu.

Klip video berdurasi kira-kira 50 saat itu memaparkan sekumpulan pemilik kenderaan melakukan aktiviti memasak di stesen minyak berkenaan. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI