fbpx

UEM Sunrise lancar Residensi ZIG 16 September ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mardiana (kiri) bersama Kenny (tengah) dan Ketua Pegawai Operasi Pusat UEM Sunrise, Liong Kok Kit menunjukkan replika Residensi ZIG pada Majlis Pelancaran Media, hari ini. - Foto oleh MUHAMAD IQBAL ROSLI / KOSMO!

KUALA LUMPUR – UEM Sunrise Berhad (UEM Sunrise) memperkenalkan kediaman fasa kedua Kiara Bay, Residensi ZIG yang bakal dilancarkan pada 16 September ini.

Terletak di perbandaran utama UEM Sunrise, di sini, pembangunan berkeluasan 1.38 hektar itu merangkumi 1,126 unit terbahagi kepada tiga zon bermula dengan harga RM340,888.

Ketua Pegawai Pemasaran UM Sunrise Kenny Wong berkata, pihaknya teruja untuk memperkenalkan fasa kedua Kiara Bay, Residensi ZIG yang berkonsepkan biofilik dengan persekitaran berteraskan kesederhanaan, rekreasi dan kemudahan.

“Konsep ini memberi tumpuan terhadap kewujudan persekitaran untuk penduduk menyelami alam semula jadi bagi meningkatkan kesejahteraan fizikal dan mental mereka.

“Reka bentuk ini bukan sahaja berkisar pada penyesuaian flora sebaliknya turut mengutamakan pencahayaan serta pengudaraan semula jadi,” katanya pada Majlis Pelancaran Media Residensi ZIG di Galeri Jualan Kiara Bay, di sini hari ini.

Kenny berkata, dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM646.2 juta, Residensi ZIG dijangka siap sepenuhnya pada suku terakhir 2027.

Sementara itu, Ketua Pegawai Pembangunan UEM Sunrise, Mardiana Rahayu Tukiran berkata, Residensi ZIG mempunyai lima saiz binaan utama daripada studio sehingga unit empat bilik tidur, bermula daripada 42 hingga 111 meter (m).

Menurutnya, setiap tingkat mempunyai 26 unit dengan dua set lif termasuk pelbagai unit semi-D dan banglo terletak di zon premium yang memerlukan kad kunci khas sekali gus meningkatkan keselamatan penduduk.

“Beberapa unit dilengkapi dengan halaman dan balkoni yang memberi kebebasan kepada penduduk untuk memanfaatkan sepenuhnya ruang serta memberikan pemandangan yang menarik.

“Selain itu, terdapat beberapa dinding tertentu yang boleh ditukar ganti bagi memenuhi pelbagai gaya hidup selain menjadikan reka bentuk dapur yang tertutup,” ujarnya.

Mardiana berkata, Residensi ZIG juga menawarkan pelbagai kemudahan asas termasuk kolam renang 50 m berinspirasikan pantai, taman permainan dan kawasan perkelahan untuk penduduk.

“Ia boleh diakses melalui Lebuh Raya Lingkaran Tengah Kuala Lumpur 2 (MRR2), Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (DUKE), Lebuh Raya Selayang-Kepong dan Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP),” katanya.

Residensi ZIG merupakan salah satu produk di bawah kategori Siri RISE daripada Happy + UEM Sunrise yang direka secara fleksibel bersesuaian dengan gaya hidup kini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI