fbpx

Stor haram simpan minyak diesel bersubsidi di ladang kelapa sawit diserbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA KPDN Perak memeriksa tangki skid berisi minyak diesel bersubsidi yang disita dalam serbuan di sebuah stor haram di kawasan ladang sawit di Kuala Bikam, Bidor semalam. - Foto IHSAN KPDN

TAPAH – Penemuan dua tangki skid yang mengandungi 20,000 liter minyak diesel di kawasan ladang sawit di Kuala Bikam, Bidor semalam, membongkar kegiatan penyelewengan barang kawalan di kawasan tersebut.

Serbuan menerusi Op Tiris pada pukul 12 tengah hari itu dijalankan sepasukan anggota dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak.

Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, pihaknya berjaya menggagalkan kegiatan sindiket tersebut hasil pemantauan dan risikan yang dilakukan selama dua minggu.

Katanya, berdasarkan aduan, terdapat aktiviti pembelian minyak diesel oleh
sebuah lori bertutup kanvas yang disyaki mengubahsuai tangki asal kenderaan untuk mengisi bahan bakar itu di stesen-stesen minyak sekitar Tapah.

“Risikan dilakukan dengan melakukan penjejakan ke atas lori itu sehinggalah pasukan risikan menemui sebuah stor tanpa nama di sebuah ladang sawit yang disyaki digunakan sebagai tempat untuk menyimpan sebelum minyak diesel itu dijual.

“Hasil serbuan ke atas stor haram itu menjumpai dua tangki skid dengan anggaran 20,000 liter cecair disyaki minyak diesel di dalamnya,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, dua lelaki tempatan berusia 38 dan 56 tahun yang mengaku sebagai pemilik stor dan pemandu lori berada di lokasi kejadian ketika serbuan telah ditahan untuk siasatan lanjut.

Katanya, siasatan mendapati pemilik stor gagal mengemukakan sebarang lesen Control Supply Act (CSA) bagi borong atau runcit atau permit barang kawalan berjadual minyak diesel apabila diminta.

“Dalam serbuan itu, kita turut menemui beberapa peralatan yang digunakan untuk menyukat dan mengepam cecair serta sebuah lori bertutup kanvas dengan dua tangki intermediate bulk container (IBC).

“Kesemua barang itu disita bersama 20,000 liter minyak diesel dan sebuah lori tangki. Nilai sitaan keseluruhan dianggarkan berjumlah RM318,500,” katanya.

Tambah beliau, kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI