fbpx

Perjuangan belum selesai, ada 4 kes lagi – Yana Najib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nooryana Najwa (kiri), Najib (kanan).

PETALING JAYA – Perjuangan bagi menegakkan keadilan bagi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masih belum selesai kerana perlu menghadapi empat lagi kes di mahkamah.

Anak kepada Najib, Nooryana Najwa Najib berkata, selama lima tahun, ayahnya menanggung beban kos guaman dan berdepan dengan cacian, kritikan dan propaganda negatif meminda laporan audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan menyorok kebenaran 1MDB.

“Ya, hari ini DSN telah dibebaskan mahkamah daripada tuduhan pindaan laporan audit 1MDB. Perjuangan menegakkan keadilan untuk Bossku belum selesai, dan perlu tabah menghadapi empat lagi kes.

“Di masa ini, bossku masih berada di penjara Kajang mendoakan keadilan buat dirinya. Tolong sama-sama doakan untuk DSN. Semoga semua urusan dipermudahkan dan akan ada keadilan buat dirinya,” katanya dalam satu hantaran di Instagram hari ini.

Tambahnya lagi, timbul persoalan kenapa ayahnya didakwa selama ini kerana Mahkamah Tinggi telah membuktikan saksi-saksi pendakwaan yang dipanggil menunjukkan bahawa pindaan yang dibuat ke atas laporan audit adalah pindaan yang tidak penting, remeh dan kecil.

“Bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang juga menegaskan bahawa beliau menjalankan tugasnya tanpa menerima sebarang tekanan mahupun arahan daripada mana-mana pihak.

“Bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas telah secara pramatang mendakwa DSN sebelum siasatan dimuktamadkan,” tulisnya.

Terdahulu, bekas Perdana Menteri itu dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy kekal lepas dan bebas daripada tuduhan meminda Laporan Pengauditan Akhir 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Mahkamah Rayuan di sini hari ini.

Keputusan sebulat suara itu dibuat panel tiga hakim yang diketua Datuk Hadhariah Syed Ismail memutuskan demikian selepas mendapati, pihak pendakwaan gagal mengikut masa yang ditetapkan untuk memfailkan notis rayuan dan dianggap luput serta terbatal.

Tarikh akhir bagi pendakwaan memfailkan petisyen rayuan ialah dalam tempoh 14 hari selepas rekod rayuan diperoleh, iaitu pada 6 Julai lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI