fbpx

Lelaki Malaysia ditahan mengintip di Norway

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Kementerian Luar Negeri (KLN) melalui Kedutaan Besar Malaysia di Stockholm, hari ini, mengesahkan seorang lelaki dipercayai warganegara Malaysia telah ditahan di Norway.

Penahanan tersebut dibuat apabila lelaki tersebut disyaki terlibat dengan aktiviti pengintipan.

Menerusi kenyataan KLN itu, Kedutaan Besar Malaysia di Stockholm difahamkan sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan di Oslo, Norway.

“Kami sedang berhubung rapat dengan pihak terbabit untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kes tersebut.

“KLN akan terus memantau perkembangan kes ini dan akan menghulurkan bantuan konsular sewajarnya sekiranya diperlukan,” jelas kenyataan tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI