fbpx

Hujan lebat, ribut dijangka landa Kedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

ALOR SETAR – Kedah dijangka menerima hujan dengan kadar yang banyak bermula minggu ketiga atau keempat bulan ini susulan peralihan monsun pada waktu itu.

Pengarah Meteorologi Kedah, Muhammad Khalil Abd. Aziz berkata, situasi itu dijangka berlarutan sehingga November depan di kebanyakan kawasan.

“Buat masa ini kita masih dalam monsun barat daya dan bermula minggu ketiga atau keempat September, peralihan monsun dijangka berlaku.

“Pada musim peralihan monsun iaitu antara September, Oktober dan November, kita dijangka menerima hujan agak banyak,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Menurutnya, kebiasaannya angin akan datang dari arah barat daya dengan hujan sebelah pagi lebih tertumpu di bahagian pantai.

“Di sebelah petang pula, ribut petir serta hujan biasanya berlaku di kebanyakan kawasan darat.

“Orang ramai diminta peka dengan ramalan kaji cuaca serta amaran dikeluarkan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) selain sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dalam keadaan cuaca sedemikian,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI