fbpx

Himpunan RXZ: Lari guna laluan kelapa sawit waktu malam elak SJR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara aksi penunggang motiskal melarikan diri menggunakan jalan tikus selepas Himpunan RXZ 5.0

PETALING JAYA – Susulan operasi besar-besaran pihak berkuasa sekitar Terengganu Jumaat dan Sabtu lalu, hampir semua jalan ‘tikus’ untuk keluar dari negeri itu digunakan penunggang motosikal melarikan diri.

Berdasarkan beberapa klip video yang dikongsi di laman Facebook ramai yang melarikan diri daripada operasi pihak berkuasa dengan menggunakan jalan ladang, lorong perumahan dan kampung serta jalan hutan.

Ada yang melarikan diri ketika waktu malam melalui jalan hutan dan tidak kurang juga terpaksa menggunakan jalan ladang sawit bagi melepaskan diri daripada sekatan jalan raya (SJR).

Malah ada yang terpaksa menolak motosikal melintas anak sungai bagi mengelak daripada ditahan pihak berkuasa.

Menurut mereka, operasi pada tahun ini sangat ‘menakutkan’ dan ada yang serik untuk datang ke program itu lagi sekiranya dianjurkan pada tahun depan.

Kosmo! difahamkan lebih 40,000 peserta Himpunan RXZ Member 5.0 yang berlangsung di Litar Permotoran Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu menyertai program selama dua hari itu.

Susulan beberapa klip video itu, rata-rata pengguna meninggalkan pelbagai komen, ada yang menyalahkan penunggang itu sendiri.

“Kawan aku ramai je elok pergi balik ikut lebuh raya, tiada pula ikut jalan sawit, ke kau ada buat salah mat? ke motosikal piang (curi),”soal Mohd Zulkarnain Zul.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Nor Arif.

“Salah siapa, kalau semua cukup lengkap tak kan polis nak sekat polis buat kerja salah, tak buat kerja pun salah,”katanya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan dakwaan sengaja melaksanakan sekatan jalan raya (SJR) bagi memerangkap peserta sebuah himpunan motosikal Yamaha RXZ di Kuala Nerus yang berlangsung semalam.

Pengarah JPJ Terengganu, Zulkarnain Yasin menegaskan, SJR itu merupakan sebahagian operasi khas penguatkuasaan terhadap penunggang motosikal selama sebulan sejak 1 September lalu yang dijalankan seluruh negara.

“Tiada istilah ‘pukat’ (perangkap), tiada masalah sertai program (himpunan Yamaha RXZ) sekiranya mengikut peraturan jalan raya ditetapkan,”ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI