fbpx

Caprice jadi perantara pendedahan Mondy Tatto, Ebit Lew

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mondy dilihat berpelukan dengan isteri Caprice menerusi sebuah video di laman Instagramnya.

PETALING JAYA – Ibu tunggal yang pernah dibantu penceramah bebas, Ustaz Ebit Lew, Mondy Tatto memaklumkan dia akan mendedahkan cerita sebenar di dalam sebuah podcast khas kendalian penyanyi rap dan aktivis kemanusiaan, Caprice.

Caprice mendedahkan hasrat wanita yang berasal dari Indonesia itu menerusi satu hantaran di Instagram bahawa bual bicara tersebut akan dimuat naik di laman YouTube.

“Punya lah seram dan sedih, temu bual bersama Mondy akan keluar tidak lama lagi,” katanya dalam sebuah video pendek.

Sebelum ini, wanita tersebut telah menjadi tular lagi setelah beberapa klip video di TikTok menunjukkan Mondy kembali ‘free hair’ dan hanya mengenakan topi serta memakai baju berlengan pendek.

Mondy mendapat kecaman hebat kerana dilihat tidak bertudung dan berjubah seperti ketika berada di Malaysia semasa dibawah ‘jagaan’ Ebit.

Hantaran tersebut ternyata menarik perhatian ramai sehingga ada tidak sabar menanti pendedahan yang bakal dibuat wanita itu.

“Fuh, cerita sebenar akan terbongkar, terbaik Cap,” kata Syazwan.

“Apa yang dah jadi, terlalu banyak berita yang berlaku pada minggu ini,” komen Naqiah Rahim. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI