fbpx

Rekahan tanah LPT1 akibat runtuhan cerun di kawasan tebatan banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kejadian rekahan yang berlaku di Kilometer 118.2 sehingga kilometer 117.8 yang berlaku di Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) menghala Kuala Lumpur, hari ini.

PETALING JAYA – Kejadian rekahan jalan di Kilometer 118.2 sehingga kilometer 117.8 yang berlaku di Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) menghala Kuala Lumpur itu berpunca daripada runtuhan cerun tambak, di kawasan tebatan banjir.

Susulan kejadian itu, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi memaklumkan, pihaknya telah mengarahkan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan pihak yang terlibat untuk melaksanakan segera kerja penyelenggaraan dan pembaikan kawasan mendap.

“Saya juga telah menghubungi Ketua Pengarah Lembaga LLM dan mahu satu laporan penuh dikemuka dengan segera selain pemantauan disekitar kawasan mendapan bagi mengenalpasti kemungkinan risiko lain.

“Pelan kontigensi serta mitigasi yang dilaksana di laluan mendap sentiasa dipantau setiap masa bagi menjamin keselamatan pengguna jalan raya,” katanya di laman Facebook, hari ini.

Mengulas lanjut, Alexander turut menasihatkan pengguna lebuh raya untuk mengelak atau menangguhkan daripada melalui laluan itu buat sementara waktu bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.

Terdahulu, Kosmo hari ini melaporkan, selepas mendapan tanah yang membentuk lubang besar berlaku di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) bulan lalu, pengguna lebuh raya kendalian Anih Berhad itu dikejutkan sekali lagi dengan kejadian mendapan tanah di LPT1.

Kejadian mendapan jalan di Kilometer 118.2 sehingga kilometer 117.8 di laluan menghala ke barat itu menyaksikan rekahan pada jalan tar dan menyebabkan penghadang jalan senget.

Malah, kejadian sepanjang kira-kira 400 meter itu menyaksikan banyak berlakunya lubang rekahan di kawasan tanah bersebelahan laluan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI