fbpx

DAP fokus bantu kempen BN di DUN Pelangai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anthony Loke ketika berucap pada Persidangan Tahunan DAP 2023 di Hotel Marriot, Putrajaya hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA / KOSMO!

PUTRAJAYA – DAP yakin semangat kemenangan dan kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) di Johor akan diteruskan ke PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, Pahang pada 7 Oktober depan.

Setiausaha Agungnya, Anthony Loke, berkata, DAP akan mengerahkan jenteranya bagi membantu calon Barisan Nasional (BN) untuk memenangi DUN Pelangai nanti.

Beliau berkata, kejayaan dan kemenangan di PRK Johor itu menjadi pembakar semangat dan suntikan keyakinan kepada Kerajaan Perpaduan.

“Kita akan membawa semangat ini ke PRK Pelangai. Di Johor, jentera UMNO dan BN memberi sokongan penuh kepada calon PH di Pulai dan Simpang Jeram.

“Jelas sekali itu adalah formula kejayaan dan sudah tentu apabila sampai DUN Pelangai nanti, giliran PH akan bantu kempen calon BN,” katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucapan dasar pada Persidangan Tahunan DAP 2023 hari ini.

PRK DUN Pelangai diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Johari Harun yang juga antara 10 individu yang terkorban dalam tragedi pesawat terhempas di Bandar Elmina, 17 Ogos lalu.

Pada masa sama, Loke berkata, beliau yakin dengan kerjasama semua parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan seterusnya menjadikan DUN Pelangai akan kekal milik UMNO dan BN.

“Kebetulan DUN Pelangai di bawah Parlimen Bentong diwakili Ahli Parlimen, Young Syefura daripada DAP. Sudah tentu DAP akan mengerahkan jentera di pusat daerah mengundi (PDM) yang kita ada sokongan seperti di Telemong dan beberapa kawasan kampung baharu Cina,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI