fbpx

[TIDAK RASMI] PRK: Suhaizan terus mendahului selesa di Parlimen Pulai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suhaizan.

JOHOR BAHRU – Calon Pakatan Harapan (PH) Suhaizan Kayat terus mendahului dengan selesa kiraan undi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai.

Menurut keputusan tidak rasmi, Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Johor itu meraih undi 8,733 setakat pukul 8.15 malam.

Suhaizan meninggalkan jauh pencabarnya yang mewakili Perikatan Nasional (PN), Zulkifli Jaafar (4,530) dan calon Bebas, Samsudin Mohamad Fauzi (84).

Parlimen Pulai menyaksikan seramai 166, 653 pengundi yang layak melakukan pemilihan yang terdiri daripada 44.17 peratus adalah kaum Melayu, Cina (40.47), India (12.30) dan lain-lain (30.5) – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI