fbpx

[TIDAK RASMI] PH menang di Parlimen Pulai, DUN Simpang Jeram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suhaizan

PETALING JAYA – Walaupun masih ada beberapa peti undi tidak dikira, namun keputusan dua Pilihan Raya Kecil (PRK) di Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram mungkin dimenangi gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

Menerusi satu hantaran oleh Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Dr. Asyraf Wajdi Dasuki di laman media sosialnya sebentar tadi, gabungan PH-BN itu telah ememperolehi mejoriti di kedua-dua PRK yang dijalankan serentak di Johor hari ini.

“Keputusan Terkini 7.46 pm bagi P.161 Parlimen Pulai (183/297 saluran) PH 29,683 undi, Perikatan Nasional (PN) 18,293 undi manakala calon Bebas memperolehi 328 undi dengan majoriti sebanyak 11,390 undi.

“Manakala keputusan N.13 DUN Simpang Jeram (42/68 saluran) PH 8,247 undi, PN 5,981 undi manakala Bebas 149 undi dengan majoriti 2,266 undi,” tulisnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI