fbpx

Syarikat terlibat R&D, pengkomersialan akan terus dibantu  – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lih Kang ketika melawat tapak pameran pada Majlis Penutup InnoEx 2023 di sini, hari ini. FOTO FAIZ ALIF ZUBIR

CYBERJAYA – Kerajaan akan terus menyokong usaha penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan (R&D&C) syarikat tempatan dan pemula bagi mendorong mereka meraih kejayaan lebih besar sekali gus diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan juga akan memudah cara industri untuk membawa masuk pelaburan melalui teknologi automasi, kecerdasan buatan dan pembelajaran mesin bagi meningkatkan produktiviti.

Beliau berkata, kerajaan pada masa sama akan menyokong inovator tempatan yang ingin mengembangkan perniagaan mereka di rantau ASEAN atau lebih jauh.

“Sudah tiba masanya kita julang dan bimbing inovator tempatan menempa nama di pasaran serantau dan merebut segala peluang yang ada di luar sana.

“Kita mahu mengangkat semula darjat dan martabat negara Malaysia, untuk menjadi sebuah negara yang inovatif, maju dan lestari dengan masyarakat yang cakna dan bersedia mendepani cabaran masa hadapan,” katanya.

Teks ucapan beliau dibacakan Menteri Sains, Teknologi dan Inovatif, Chang Lih Kang pada Majlis Penutup InnoEx 2023 di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI