fbpx

Percubaan koc wanita MRT dimulakan hujung bulan ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anthony bersama barisan kepimpinan DAP dan Barisan Nasional selepas kongres kebangsaan Wanita DAP, hari ini. FOTO: AFIQ RAZALI

KLANG – Tempoh percubaan koc wanita untuk bagi perkhidmatan Laluan Transit Aliran Massa (MRT) Kajang akan dimulakan pada hujung bulan ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, koc wanita bagi MRT itu adalah kali pertama dilaksanakan dengan memberikan cabaran lebih besar kepada sistem transit ekoran pergerakan penumpang yang ramai dan cepat.

Katanya, pihak Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) juga telah membuat persiapan bagi tujuan tersebut.

“Kita akan sesuaikan dulu (percubaan ini) supaya penumpang tahu ada koc khas untuk wanita di setiap plaform stesen MRT dengan dimulakan bagi laluan Kajang.

“Isu (memperkenalkan koc wanita itu) adalah apabila kita melihat berlaku peningkatan dari segi trend gangguan seksual dalam kereta api,” katanya ketika ditemui pemberita selepas kongres kebangsaan Wanita DAP, hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan secara spesifik jumlah gangguan seksual tersebut.

Media sebelum ini melaporkan Kementerian Pengangkutan akan memperkenalkan sebuah koc wanita di laluan MRT Kajang demi keselesaan dan keselamatan penumpang wanita.

Anthony menjelaskan, pihaknya menyedari kebimbangan kaum wanita terutama apabila waktu puncak dengan jumlah penumpang ramai dalam satu koc.

“Dari segi jarak penumpang sangat sempit dan kadang-kadang ada sentuhan fizikal antara satu sama lain.

“Memang tiada ruang langsung dan faham ketidakselesaan sebab risau alami gangguan seksual itu. Sebab itu kita kenalkan koc wanita untuk memastikan keselesaan dan keselamatan mereka,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, setiap koc wanita tersebut nanti akan mampu memuatkan lebih 100 penumpang. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI