fbpx

Wanita rakam tiga cahaya misteri muncul di langit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rakaman oleh Charlotte berkaitan cahaya misteri berbentuk segi tiga di Teluk Leasowe - tangkap layar

LONDON – Seorang wanita merakam detik kemunculan tiga cahaya misteri di langit Mersey, Britain ketika menikmati pemandangan matahari terbenam di Pantai Leasowe, lapor portal berita Liverpool Echo UK semalam.  

Charlotte, 32, bersama rakannya leka menikmati pemandangan matahari terbenam sebelum tersedar apabila melihat cahaya tersebut di kaki langit. Mereka kemudian merakam kejadian aneh itu.

Rakaman yang dikongsikan menunjukkan tiga lampu misteri itu berlegar-legar di langit dalam formasi segi tiga.

”Saya tidak takut apabila melihatnya, malah terkejut. Kami sedang berbual bersama, tiba-tiba kami terlihat lampu-lampu ini. Ia agak cantik untuk dilihat,” katanya

Charlotte mendakwa bahawa dia pernah melihat kejadian seumpama itu sebelum ini, termasuk cahaya lampu misteri di belakang rumahnya. 

Daerah Merseyside dianggap sebagai lokasi utama objek terbang tidak dikenali (UFO), dengan sesetengah pihak mencadangkan mungkin terdapat ‘Segitiga Bermuda UFO’ di rantau itu. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI