fbpx

Pemuda kesal #reviewsurau disalah erti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar antara usaha yang dilakukan Rusydi sebelum ini yang dimuat naik di akaun TikToknya.

PETALING JAYA – Niat murni seorang pemuda, Rusydi Sayuti menggunakan akaun TikTok miliknya untuk memuat naik kandungan aktiviti yang meninjau keadaan kemudahan surau di tempat awam dan pusat beli belah sekitar Seremban, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur telah disalah erti oleh orang ramai.

Melalui satu video yang dimuatnaik di TikToknya hari ini, pemuda tersebut kesal dengan pelbagai komen nagatif oleh orang ramai yang menyifatkan dirinya untuk menunjuk-nunjuk melakukan perkara baik di media sosial.

Namun katanya, niat sebenar memuat naik semua aktiviti meninjau kawasan surau yang terlibat itu adalah kerana selepas satu tindakannya di salah sebuah surau ditularkan, tindakan oleh pihak berwajib telah berlaku dan baik pulih disegerakan.

“Usaha saya melalui reviewsurau akan dihentikan. Saya kecewa dengan komen-komen nagetif di media sosial, sebenarnya usaha dan niat murni saya adalah untuk saham akhirat.

“Selepas video saya dalam aktiviti surau ini viral, barulah tindakan untuk baik pulih surau-surau itu dilakukan. Tiada niat lain,” ujarnya menerusi video tersebut.

Sebelum ini, Rusydi Sayuti yang sering ditemani isterinya Afiqah Ahmad telah pergi ke 10 surau sejak dua bulan lalu dan netizen dilihat turut memberi maklum balas yang luar biasa malah ada video yang dilihat oleh 2.7 juta penonton.

Rusydi berkata, dia berharap usaha kecilnya itu mendapat manfaat kepada masyarakat sekeliling.

Katanya, ada pihak pengurusan memberi maklum balas yang baik malah menghubunginya saya untuk cadangan penambahbaikan.

Namun jelasnya, ada juga yang tidak menyenangi kehadiran saya ke pusat beli belah, namun tinjauan yang saya buat ini ikhlas untuk menyumbangkan sesuatu kepada masyarakat.

“Selepas buat video, saya juga akan melihat sama ada tindakan lanjut telah diambil ataupun tidak dan akan terus menghubungi pihak bertanggungjawab dalam menguruskan perkara tersebut,” katanya.

Sebagai contoh katanya, ada surau di sebuah pusat beli belah yang mempunyai arah kiblat yang salah dan dia merujuk perkara itu kepada Jabatan Mufti Negeri Sembilan yang datang membuat pemeriksaan serta memasang penunjuk arah kiblat yang baharu.

Video itu mendapat 536,000 tontonan dan netizen turut mengucapkan terima kasih atas tindakannya itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI