fbpx

Korban gempa dahsyat di Maghribi hampiri 1,000 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG wanita melihat timbunan runtuhan sebuah banguna di kota bersejarah Marrakesh hari ini. – AFP

MARRAKESH, Maghribi – Gempa bumi paling dahsyat pernah melanda Maghribi dalam tempoh beberapa dekad membunuh sekurang-kurangnya 828 orang, kata beberapa pegawai hari ini selepas penduduk yang ketakutan berlari keluar untuk menyelamatkan diri menjelang tengah malam.

Gempa kuat berukuran 6.8 pada skala Richter itu menggegarkan sebuah kawasan pergunungan sekitar 72 kilometer ke barat daya kota pelancongan, Marrakesh  pukul 11.11 malam semalam (waktu tempatan), lapor Jabatan Kajian Geologi Amerika Syarikat.

Gegaran kuat turut dirasai di beberapa buah bandar tepi pantai termasuk Rabat, Casablanca and Essaouira.

“Saya merasai gegaran kuat, saya sedar gempa bumi berlaku. Saya dapat lihat bangunan-bangunan bergoyang,” kata penduduk setempat,  Abdelhak El Amrani, 33, kepada agensi berita AFP dalam satu wawancara telefon dari Marrakesh.

Gempa itu adalah yang paling kuat pernah melanda Maghribi dengan seorang pakar menyifatkannya sebagai gempa paling kuat di rantau berkenaan dalam tempoh lebih 120 tahun. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI