fbpx

Gempa bumi Maghribi: Gegaran sangat kuat, semua pelajar Malaysia selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Afiq (dalam kotak) berada di Casablanca ketika malam kejadian.

PETALING JAYA – Kesemua pelajar Malaysia dilaporkan berada dalam keadaan selamat ekoran gempa bumi kuat yang melanda Maghribi lewat malam tadi.

Presiden Persatuan Mahasiswa Malaysia Maghribi, Muhammad Afiq Badrul Hisham berkata, gegaran berskala 6.8 magnitud itu sememangnya dirasai sehingga ke Casablanca dimana lokasi dirinya berada pada malam kejadian.

Bagaimanapun, setelah kemaskini dan menghubungi semua pelajar di kawasan terbabit khususnya di Marrakesh, tiada kemalangan jiwa mahupun kecederaan dilaporkan.

“Paling ramai pelajar adalah di Rabat. Tetapi gegaran di sana tidak sekuat di Marrakesh. Di Marrakesh, ada sembilan orang pelajar, tetapi ada yang ziarah ke wilayah lain jadi tinggal dua orang sahaja di sana malam tadi.

“Selepas kejadian malam tadi, saya terus telefon dan minta perkembangan dua orang itu dan alhamdulillah, mereka dalam keadaan selamat. Masa saya di Casablanca pun gegaran rasa, tetapi tidak kuat sangat.

“Ketika kejadian, mereka kena keluar dari rumah untuk elak perkara tidak diigini berlaku,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Tambahnya lagi, pihaknya juga telah menerima maklum balas daripada pihak kedutaan dan Education Malaysia Egypt (EME) untuk mengemaskini perkembangan kesemua pelajar.

Dalam pada itu, bertanyakan tentang sesi pembelajaran yang dikhuatiri bakal tertangguh, Muhammad Afiq yang merupakan pelajar jurusan Pengajian Islam di Universiti Rabat berkata, kebetulan kesemua pelajar sedang bercuti semester.

“Universiti di Rabat akan dibuka pada 18 September manakala universiti-universiti lain bergantung kepada wilayah masing-masing.

“Setakat ini tiada apa-apa makluman dari pihak universiti. Kami hanya tunggu sahaja arahan,” ujarnya.

Memetik laporan Al-Jazeera, angka korban setakat ini telah meningkat sekurang-kurangnya seramai 820, 670 mangsa cedera dimana 205 orang berada dalam keadaan kritikal. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI