fbpx

Nombor Pendaftaran Istimewa M1M dibida RM622,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Menteri Pengankutan, Anthony Loke menunjukkan bidaan nombor pendafataran sempena Hari Kebangsaan di Putrajaya baru-baru ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA/KOSMO!

PUTRAJAYA – Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) yang dibuka sempena sambutan Hari Kebangsaan 2023 iaitu M1M direkodkan dibida dengan harga paling tinggi iaitu sebanyak RM622,000.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berkata, pada masa sama, NPI yang dibuka untuk bidaan bermula 31 Ogos sehingga 4 September 2023 juga turut merekodkan kutipan hasil keseluruhan sebanyak RM20,091,970.

“NPI M5M yang berada ditempat kedua tertinggi pula dibida dengan harga RM500,000.

“Selanjutnya, M8M dengan nilai RM450,000 selain M9M dengan nilai RM402,004 dan M6M dengan nilai RM350,000,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

JPJ berkata, siri M__M ini juga menunjukkan sambutan luar biasa daripada pembida-pembida dengan penyertaan keseluruhan seramai 25,033 orang, sekali gus sebanyak 6,872 pembida berjaya memenangi nombor pendaftaran masing-masing.

“Lima nombor paling banyak dibida ialah M101M iaitu seramai 39 orang pembida, M155M (33 pembida) , M51M (32 pemida), M313M (31 pembida) dan M39M (28 pembida).

“Hasil pembidaan siri M___M ini yang membawa maksud ‘Malaysia Merdeka’ juga mendapat sambutan daripada pelbagai pihak bagi menunjukkan semangat dan menyemarakkan Sambutan Hari Kebangsaan 2023,” jelasnya.

Katanya, JPJ ingin mengucapkan tahniah kepada pembida yang telah menerima keputusan rasmi pada 5 September 2023.

“Terima kasih juga kepada semua pengguna yang telah menyertai bidaan ini bagi mendapatkan nombor pendaftaran kenderaan pilihan masing-masing melalui Sistem JPJeBid.

“Bidaan nombor pendaftaran melalui Sistem JPJeBid secara dalam talian ini adalah suatu usaha jelas JPJ dalam menyediakan perkhidmatan secara digital kepada seluruh rakyat selaras dengan Pelan Strategik Pendigitalan Sektor Awam 2021-2025,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI