fbpx

‘Tidak pasti balik atau tidak ke Kedah’ – Hattem Rashdi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MESEJ terakhir Muhammad Hattem kepada rakannya Lynn sebelum terlibat kemalangan di Pekan Ahad lalu.

GEORGE TOWN – “Tidak pasti akan balik ke Kedah atau tidak dan kemungkinan pulang pada Isnin atau Selasa.”

Itu mesej terakhir pelumba drag, Muhammad Hattem Rashdi, 22, yang meninggal dunia dalam kemalangan di litar lumba di Pekan, Pahang, Ahad lalu kepada rakan wanitanya yang dikenali sebagai Lynn, 20, beberapa jam sebelum terlibat dalam kemala­ngan itu.

Menurut wanita itu, mereka sentiasa berhubung menerusi WhatsApp, panggilan telefon serta video sebelum dan sebaik Muhammad Hattem tiba di Pahang, Sabtu lalu.

Katanya, Muhammad Hattem yang dikenali sejak di tingkatan tiga ada meminta supaya me­nunggu kepulangannya di Kedah nanti sebaik kejohanan Malaysia Drag Bike National ET Record 2023 selesai.

“Arwah akan WhatsApp dan telefon saya setiap masa. Te­ngah hari sebelum beberapa jam kejadian berlaku, dia minta saya mendoakan yang baik-baik dan tiada apa-apa yang berlaku terhadapnya di sana.

“Arwah juga ada mengatakan yang dia tidak pasti sama ada akan balik ke Kedah atau tidak dan kemungkinan pulang pada hari Isnin ataupun Selasa.

“Saya tidak sangka, mesej terakhirnya itu merupakan petanda yang dia mahu pergi buat selama-lamanya,” katanya kepada ­Kosmo! di sini semalam.

Dalam pada itu, Lynn memberitahu, dia mendapat berita mengenai kemalangan itu daripada rakan Muhammad Hattem.

“Saya juga tonton perlumbaan itu secara langsung, tetapi tidak tahu yang dia terlibat kemala­ngan. Saya hanya tahu melalui status WhatsApp rakannya.

“Saya kemudian berkali-kali hubungi Muhammad Hattem, tetapi sudah tidak berjawab sehinggalah mendapat khabar dia dimasukkan ke hospital akibat kecederaan pada bahagian kepala,” ujarnya.

Kelmarin, Kosmo! melaporkan seorang pelumba drag maut selepas motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan ketika beraksi di Litar Speedway Taman Tasik Sultan Abu Bakar, Pahang, Ahad.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI