fbpx

Sokongan Cina terhadap DAP tetap kuat walau Ahmad Zahid lepas tuduhan – KJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin

PETALING JAYA – Sokongan padu masyarakat Cina pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai Sabtu ini kepada parti DAP tidak akan terjejas dengan keputusan melepas tanpa membebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, pengundi berketurunan Cina akan menerima apa sahaja alasan oleh DAP termasuk mengenai keputusan Jabatan Peguam Negara melepaskan tanpa membebaskan Ahmad Zahid.

“Isu DAP ini ujian sebenarnya adalah di Pulai. Saya kata DAP pun buat perkiraan politik. Walaupun dia (DAP) kena kecam daripada saya dan sebagainya mereka tidak bodoh, mereka tahu dia buat apa benda pun 90 peratus lebih pengundi Cina akan tetap menyokong DAP.

“Mereka tahu, bebaskan Zahid buat apa sahaja pun that is unpalateble, boleh buat. Tengoklah Kulai akan kekal milik PH,” kata Khairy Jamaluddin dalam program Tunggu Sekejap bersama Shahril Sufian Hamdan.

Tambah Khairy Jamaluddin lagi, beliau menyentuh sikap dan tindakan DAP dalam kes Ahmad Zahid kerana parti tersebut dahulunya adalah penentang kuat Presiden UMNO itu.

“Kenapa saya sentuh DAP sebab mereka ke hadapan. Dahulu kata hendak penjarakan Zahid, kata tak akan terima semua benda ini. Reaksi paling lemah yang boleh mereka berikan ialah minta Peguam Negara buat penjelasan.

“Macam-macam dia cakap pasal MCA dulu sebagai ‘running dog’ lihatlah cermin sekarang, mana anda?” kata bekas Ahli Parlimen Rembau itu lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI