fbpx

3 lagi laporan diterima babit kes dera taska di Cheras

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kanak-kanak 2 tahun yang dipercayai didera pengasuh taska terbabit.

KUALA LUMPUR – Polis Kuala Lumpur mengesahkan pihaknya menerima tiga lagi laporan membabitkan kes dera kanak-kanak di sebuah pusat jagaan Kanak-Kanak, Bandar Seri Permaisuri Cheras.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, siasatan berhubung kejadian hampir lengkap dan akan dihantar ke Timbalan Pendakwa Raya (TPR) dalam masa terdekat.

“Kita menerima tiga laporan tambahan di pusat jagaan sama. Setakat ini, semua keterangan telah diambil. Bagi kecederaan yang dialami kanak-kanak terlibat, kita tunggu laporan daripada pihak hospital,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Program Rawatan Kesihatan Perubatan Tradisional Cina anjuran Polis Kuala Lumpur dan Persekutuan Persatuan Tabib Perubatan Tradisional Cina dan Akupuntur Malaysia (FCPAAM) di Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin memberitahu tiga laporan berkenaan dibuat oleh penjaga sebaik sahaja video dera berkenaan tular di media sosial.

“Ibu bapa bertindak menyoal anak-anak mereka dan seterusnya membuat laporan susulan,” jelasnya.

Terdahulu Kosmo! melaporkan seorang kanak-kanak berusia dua tahun mengalami kecederaan pada dahi, kedua-dua belah pipi dan calar di tangan selepas didera pengasuh wanita di sebuah pusat jagaan tersebut.

Dua klip video berdurasi satu minit dan 56 saat tular di media sosial dan berjaya dikesan pihak polis kira-kira pukul 9.39 pagi, Selasa lalu. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI