fbpx

Ucapan ‘fatwa’ politik: Muhyiddin dipanggil dalam masa terdekat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin.

KUALA LUMPUR – Sebanyak dua laporan polis dibuat terhadap bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin susulan ucapannya berkaitan ‘fatwa’ politik dalam ceramah Pilihan Raya Kecil (PRK) di Kempas, Johor, Sabtu lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, siasatan telah dijalankan selepas pihaknya menerima laporan.

“Kita akan panggil Muhyiddin Yassin dalam masa terdekat bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dilaporkan berkata, polis membuka kertas siasatan terhadap Muhyiddin.

Siasatan dibuat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan yang menimbulkan ketakutan dan kegentaran awam serta Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998.

Sabtu lalu, Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin didakwa menyatakan haram hukumnya bagi mereka yang mengundi calon PH, Suhaizan Kayat, pada PRK Parlimen Pulai.

Jelas beliau, ia sebagai tanda bantahan dan kemarahan pengundi di Parlimen Pulai berikutan kerajaan Perpaduan tidak membantu rakyat dalam kesusahan.

“Jangan bagi satu undi pun pada pihak Suhaizan Kayat (calon PH di Parlimen Pulai), bekas Speaker (DUN Johor). Jangan bagi satu undi pun,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: A feed could not be found at `https://www.relevan.com.my/feed`; the status code is `404` and content-type is `text/html; charset=iso-8859-1`