fbpx

Pengundi Cina perlu bantu sokong, beri kemenangan pada Suhaizan – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid.

JOHOR BAHRU – Pengundi Cina di kawasan Parlimen Pulai ini diseru untuk menyatakan sokongan kepada calon Pakatan Harapan (PH), Suhaizan Kayat pada Sabtu ini seperti yang diberikan kepada Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub sebelum ini.

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Naib Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor itu adalah calon yang tepat dan diyakini mampu menggalas tugas sebagai wakil rakyat buat penduduk di Pulai.

Menurut Ahmad Zahid, Suhaizan yang juga Setiausaha Politik kepada Salahuddin sudah terbiasa berkhidmat kepada rakyat di kawasan Pulai bagi pihak Salahuddin ketika menjalankan tugas sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di luar kawasan.

“Saya tahu sokongan orang Cina kepada Allahyarham cukup besar, cukup kuat. Saya mahu kali ini Suhaizan juga dapat sokongan daripada pengundi-pengundi Cina di Pulai ini.

“Dulu dia lawan BN, BN lawan dia, dulu lawan tetap lawan, sekarang lawan sudah jadi kawan, buat apa kita lawan? Sekarang kita Kerajaan Perpaduan.

“Orang Melayu, Cina, India serta Sabah dan Sarawak beliau akan tolong. Saya bagi tahu dia tolong semua bangsa kerana kita buta warna. Kalau tidak cukup peruntukan, boleh minta bantuan saya,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Bersama Pertubuhan Penganut Kuan Yin Taman Perling di Tokong Guan Yin di sini malam semalam.

Pada majlis itu, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO turut mengumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meluluskan peruntukan awal sebanyak RM500,000 kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Poay Chai, di sini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI