fbpx

Jangan mudah labelkan ahli syurga, neraka – Mat Sabu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad.

PETALING JAYA – Sekiranya ada perbezaan pandangan jangan sehingga melabelkan ‘orang ini ahli syurga, orang ini ahli neraka’.

Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, rakyat Malaysia perlu mengelak perkara demikian.

“Allah S.W.T yang menentukan semua itu. Jangan kita terjerat dengan fahaman ekstrem dan takfiri yang bermudah-mudah mengkafirkan orang lain,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.

Dalam hantaran berasingan, Mohamad berkata, sikap ekstrem dan menunggang agama untuk kepentingan politik sesuatu yang perlu ditakuti.

“Kita harap rakyat Johor tidak mudah terpengaruh pada Pilihan Raya Kecil (PRK) 9 September nanti,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI