fbpx

Kasut ‘Makerz’ permintaan terakhir arwah adik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kasut Makerz merupakan permintaan terakhir Iqbal Faiz sebelum terlibat dalam satu kemalangan yang meragut nyawanya semalam.

PETALING JAYA – Seorang lelaki tidak menyangka sepasang kasut jenama tempatan adalah permintaan terakhir adiknya sebelum terlibat dalam kemalangan maut yang melibatkan tiga pelajar kolej di kilometer 50 Lebuh Raya Senai-Desaru, petang semalam.

Imran Mat Sah, 27 berkata, kali terakhir dia bertemu adik bongsunya itu pada hujung Jun yang lalu dan adiknya sempat membuat pesanan terakhir meminta sepasang kasut bewarna putih.

“Al-fatihah, achik. Last aku jumpa kau raya haji haritu. Pastu Isnin lepas kau teringin nak kasut Makers. Aku belikan. Rupanya kau nak pakai sampai akhir hayat, tenanglah kat sana achik,” tulisnya dalam satu ciapan.

Tambahnya, adiknya telah bercadang untuk balik ke kampung pada penghujung Ogos, namun atas desakannya mereka telah menukar rancangan untuk balik menyambut hari lahir bapa pada awal bulan ini.

“Bila orang yang kau sayang cakap nak jumpa kau, pergilah jumpa,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan Iqbal Faiz Mat Sah, 20 bersama dua rakannya Nurul Afrahrina Sazli, 19, dan Nurina Izzatie Kamarul Azman, 19, yang menaiki Perodua Bezza disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Dalam pada itu, ciapan Imran telah dihujani kata-kata semangat serta ada yang mendoakan kesejahteraan buat arwah adiknya itu.

“Salam Takziah kepada meran dan family. Semoga tabah menghadapi saat duka atas kehilangan ini dan semoga allahyarham ditempatkan dalam golongan orang yang beriman. Terus kuat ya,” doa Naufal.

“Alfatihah buat arwah adik. Semoga roh arwah ditempatkan di kalangan roh2 org yg beriman dan beramal soleh Amin insya-Allah. Semoga Meran dn keluarga byk2 berdoa dn diberi kesabaran,” tulis Alexander. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI