fbpx

Polis siasat rakaman video kejadian buli tular babit pelajar sekolah di Ranau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar sebuah video tular menunjukkan kejadian buli babit sekumpulan pelajar sekolah di daerah Ranau. - Gambar media sosial

RANAU – Polis menjalankan siasatan lanjut berhubung rakaman video kejadian buli membabitkan pelajar dipercayai dari sebuah sekolah di daerah ini yang tular di media sosial semalam.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Simiun Lomudin berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai video tular berkenaan yang berdurasi selama lima minit.

Katanya, video itu memaparkan rakaman yang didakwa buli membabitkan pelajar sekolah yang berlaku di salah sebuah sekolah menengah di Ranau.

“Polis mengesahkan telah menerima laporan berkaitan kes ini pada pukul 3.26 petang semalam.

“Polis sedang dijalankan untuk memastikan tindakan dari sudut perundangan dilaksanakan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, beliau berkata, kes masih diperingkat siasatan dan orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan video berkenaan.

Katanya, pihaknya juga menggesa orang ramai menjadi pengguna media sosial yang bijak dan berhemah serta elakkan daripada mengeluarkan kenyataan yang mengaibkan mana-mana individu.

“Orang awam yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian ini boleh salurkan maklumat kepada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau bagi membantu siasatan,” katanya.

Terdahulu, tular satu rakaman video berdurasi lima minit 33 saat di media sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp memaparkan mangsa dikerumuni sekumpulan pelajar di dalam sebuah bilik darjah di sebuah sekolah menengah.

Mereka dilihat seperti berbincang sesuatu sebelum beberapa pelajar menampar, menumbuk dan menendang beberapa pelajar lain.

Kejadian itu turut dirakam oleh salah seorang pelajar yang berada di tempat kejadian sebelum tular di media sosial. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI