fbpx

Beri peluang kepada Anwar tadbir negara – Kit Siang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KIT SIANG berucap pada Ceramah Perpaduan Pulai di Bukit Indah, Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Negara yang ditadbir oleh Kerajaan Perpaduan diyakini boleh menjadi sebuah negara berkelas dunia di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sehubungan itu, Veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang menyeru rakyat Malaysia untuk memberikan masa kepada Anwar bukan sahaja untuk memulih ekonomi negara malah meletakkan Malaysia di peta dunia.

Kit Siang berkata, untuk menjadi negara berkelas dunia, semua pihak perlu bersatu padu dan perkara ini dibuktikan oleh Kerajaan Perpaduan yang digagaskan oleh lima gabungan yang terdiri daripada 19 parti politik.

“Saya yakin Malaysia boleh bangkit semula menjadi negara yang cukup dikenali di bawah pentadbiran Anwar, jadi kita bagi dia masa empat tahun ini untuk membuktikan perkara itu.

“Justeru, dalam tempoh itu janganlah kita membenarkan ada gerakan untuk menggugat kerajaan hari ini, jangan benarkan pisang berbuah dua kali setelah kerajaan kerap bertukar tampuk pimpinan.

“Kita tahu Anwar adalah seorang pemimpin yang berwibawa, jadi beri dia masa. Saya tak rasa Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkongsi ideologi yang sama untuk membangunkan negara,” katanya ketika berucap pada Ceramah Perpaduan Pulai di Bukit Indah, di sini hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI