fbpx

Terbuka AS: Badi New York hantu Tsitsipas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TSITSIPAS terkandas di pusingan kedua pada aksi Terbuka AS kali ini selepas turut pulang awal pada kempen musim lalu. - AFP

NEW YORK, Amerika Syarikat – Pemain No. 7 dunia, Stefanos Tsitsipas enggan menyalahkan skuad kejurulatihan baharunya selepas mencatat rekod terburuk sejurus tersingkir seawal pusingan kedua pada aksi Grand Slam Terbuka Amerika Syarikat (AS) lewat malam kelmarin.

Pada saingan tersebut, jaguh tenis Greece dikejutkan apabila tumpas di tangan pemain kelayakan dari Switzerland, Dominic Sticker pada pusingan kedua dengan keputusan 5-7, 7-6, 7-6, 6-7, 3-6 dalam tempoh 4 jam 4 minit.

Kekalahan tersebut adalah satu lagi kempen di New York yang mengecewakan buat Tsitsipas selepas musim lalu dia juga pulang lebih awal selepas tewas seawal pusingan pertama.

Bagaimanapun, pemain berusia 25 tahun berkata, perubahan kejurulatihan tidak ada kaitan dengan kekalahannya itu sekali gus mengambil tanggungjawab penuh atas kegagalan tersebut.

“Saya tidak sepatutnya menyalahkan mana-mana orang atau mana-mana ahli pasukan saya. Apa yang berlaku di atas gelanggang adalah di bawah kawalan saya.

“Jika saya tidak dapat melakukan persembahan yang cukup baik, maka saya tidak akan mampu melangkah ke peringkat seterusnya. Apapun, Sticker bermain dengan sangat baik dan pukulan servisnya adalah kekuatan sebenarnya,” katanya.

Sementara itu, Novak Djokovic mengekalkan prestasi cemerlangnya di Terbuka AS untuk mara ke pusingan ketiga dengan menewaskan pemain Sepanyol, Bernabe Zapata Miralles straight set, awal pagi semalam. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI