fbpx

PRK Parlimen Pulai: Warga emas ditahan polis rosakkan poster

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kamarul Zaman

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki warga emas ditahan polis kerana dipercayai merosakkan poster sebuah parti politik yang bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai, di sini, Selasa lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, suspek berusia 62 tahun itu ditahan pada pukul 5.35 pagi kerana dipercayai merosakkan bahan kempen tersebut menggunakan senjata tajam pada pukul 10.02 malam, Selasa lalu.

“Suspek yang juga seorang pemandu bas kilang ditahan di kawasan Skudai Kiri, Tampoi. Turut dirampas sehelai bendera parti politik, sebilah pisau berukuran 34 sentimeter, sebuah kamera ‘dashboard’, sebuah bas kilang dan sebuah telefon bimbit.

“Suspek mempunyai satu rekod jenayah. Suspek ditahan reman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya.,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI