fbpx

Wanita kesal panjangkan kaki supaya kelihatan lebih tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fischer menambah ketinggian sebanyak 13.9 sentimeter daripada ketinggiannya sebelum ini iaitu 167 sentimeter. – Instagram

BERLIN, Jerman  – Seorang model wanita di Jerman kesal menjalani pembedahan memanjangkan kaki dalam prosedur yang menelan belanja £130,000 (RM767,127), lapor akhbar The Sun UK semalam.

Theresia Fischer, 31, berkata, dia dipaksa menjalani pembedahan itu oleh bekas suami yang menyaksikan ketinggiannya meningkat 13.9 sentimeter.

Wanita itu mempunyai batang teleskopik boleh laras yang dimasukkan ke dalam tulang keringnya. Alat itu diputar secara beransur-ansur untuk memanjangkan kakinya.

Menurut Theresia, bekas suami memberitahu bahawa dia lebih menyukai wanita tinggi dan menyuruhnya memanjangkan kaki sehingga 14 sentimeter.

“Sebelum ini, saya gembira dengan bentuk tubuh saya. Namun, saya kini malu kerana bersetuju menjalani pembedahan yang tidak sepatutnya dilakukan,” ujarnya.

Dia yang sebelum ini mempunyai ketinggian 167 sentimeter berkata, tulang keringnya dipatahkan, otot betis dibelah dan rod telekospik digunakan dalam pembedahan tersebut. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI