fbpx

Klinik Veterinar Chinta Qaseh berjaya rawat, pulih ‘Kassim Selamat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azliza (kanan) bersama Khairun Sofea menunjukkan anak kucing, Kassim Selamat yang semakin sihat selepas menjalani rawatan dan pembedahan berkaitan usus di Seremban baru-baru ini.

SEREMBAN – Keprihatinan Klinik Veterinar Chinta Qaseh terhadap masalah yang dihadapi seekor anak kucing yang diberi nama Kassim Selamat ekoran masalah usus yang dihadapi telah berjaya menyelamat haiwan comel tersebut.

Pemilik klinik tersebut, Dr. Azliza Ahmad berkata, anak kucing yang berusia tiga bulan itu kini semakin pulih dan stabil setelah menjalani dua pembedahan purse string iaitu mengecilkan lubang najis supaya buasirnya tidak terkeluar kembali dan Colopexy yang mana usus besar dijahit ke dinding abdomen.

“Misi kami jelas iaitu mahu memberikan rawatan bertaraf kelas pertama kepada pelanggan tetapi pada harga mampu milik.

“Kami juga menawarkan perkhidmatan merawat haiwan di rumah pelanggan untuk rawatan berkala tetapi untuk kes-kes melibatkan penyakit kronik atau memerlukan prosedur pembedahan maka semuanya perlu dilakukan di klinik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di kliniknya di sini baru-baru ini ekoran kejayaannya menyelamatkan Kassim Selamat yang tular di media sosial selepas perkongsian pemilik anak kucing,  Khairun Sofea Awang Mohd Faudzi berhubung masalah buasir yang dihadapi  Kassim Selamat terkeluar pada anak kucing.

Khairun Sofea berkata, selepas tiga hari berada dalam jagaannya, dia mendapati bahagian usus anak kucing itu basah dan buasirnya keluar. 

“Pada mulanya kami membawa Kassim Selamat ke klinik haiwan dan doktor menjalani rawatan purse string untuk kecilkan lubang najis supaya buasir tidak terkeluar.

“Namun selepas itu kondisinya masih tidak begitu baik kerana buasir akan terkeluar,” ujarnya.

Terbeban dengan kos perubatan yang tinggi sehingga menelan belanja kira-kira RM2,000 untuk rawatan anak kucing itu telah menyebabkan dia nekad untuk melakukan prosedur pembedahan sendiri di rumah.

“Sehinggakan saya terfikir untuk melakukan prosedur purse string sendiri di rumah kerana mahu lebih berjimat. 

“Waktu itu saya bertawakal dan berkongsi keadaannya di media sosial dan tidak sangka ramai pihak menghubungi saya untuk berikan nasihat dan bantuan. Sehinggalah saya mendapat mesej daripada Azliza  yang menawarkan bantuan untuk merawat Kassim Selamat.

Dalam pada itu, Azliza menyatakan pasukannya mengambil risiko demi menyelamatkan Kassim Selamat tetapi atas faktor buasir anak kucing itu masih merah, kucing itu kekal aktif dan berat badan haiwan itu mencukupi, maka kami berkeyakinan terhadap pembedahan yang akan dilakukan.

“Jadi kami menghubungi Khairun Sofea untuk membantu dan kami terus mengambilnya di Kepong untuk di bawa ke klinik. Pembedahan terus dilakukan.

“Kami lakukan dua pembedahan iaitu purse string iaitu mengecilkan lubang Najis supaya buasirnya tidak terkeluar semula dan Colopexy yang  mana usus besar dijahit ke dinding abdomen,” kongsi  Azliza.  -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI