fbpx

Tembak KLIA: Mangsa mula sedar, jalani dialisis sementara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammmad Nur Hadith (kanan) bersama Siti Noraida bergambar ketika Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.

CYBERJAYA – Pengawal peribadi yang terkena tembakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, kini dilaporkan mula sedar selepas menjalani pembedahan di Hospital Cyberjaya di sini Selasa lalu.

Bagaimanapun, isteri mangsa, Siti Noraida Hassan, 38, berkata, suaminya Muhammad Nur Hadith masih bergantung dengan alat bantuan pernafasan selain kekal dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Dia sudah sedar sikit dan perlu jalani dialisis sementara. Ketika ini, masih berada di ICU dan menggunakan alat bantuan pernafasan,” katanya ringkas ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, Muhammad Nur Hadith selamat menjalani pembedahan pada bahagian usus yang mengambil masa kira-kira lima jam di Hospital Cyberjaya pada Selasa.

Difahamkan, selepas menjalani pembedahan, pihak hospital akan melakukan pemantauan kesihatan usus mangsa bagi tempoh lima hingga enam hari.

Minggu lalu, seorang lelaki telah melepaskan dua das tembakan dengan satu daripadanya terkena seorang pengawal peribadi dalam kejadian pukul 1.20 pagi di KLIA Terminal 1.

Bagaimanapun, wanita yang menjadi sasaran dalam insiden itu terselamat dan pihak polis memaklumkan kejadian bermotifkan perihal peribadi antara suspek dan isterinya.

Suspek iaitu Hafizul Harawi, 38, juga telah ditahan polis dan kini sedang direman. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI