fbpx

Rebut peluang miliki barangan eksklusif Kosmo! edisi Pink Racing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAPTEN Kosmo! beramah mesra dengan orang ramai ketika Kejuaraan Cub Prix Malaysia di Kuala Nerus baru-baru ini.

PETALING JAYA – Orang Perak berpeluang mendapatkan barangan edisi eksklusif Kosmo! dan Pink Racing di gerai jualan yang akan dibuka sempena Kejuaraan Cub Prix Malaysia di Teluk Intan pada hujung minggu ini.

Pengarang Berita Kosmo!, Sopi Samaile berkata, gerai jualan itu akan dibuka di Litar Teluk Intan, Perak pada 2 dan 3 September ini.

“Produk terbaharu edisi ­eksklusif Pink Racing yang boleh didapati ialah seperti baju-T Pink Racing pada harga RM89, baju-T eksklusif Kosmo! Jiwa Kental pada harga RM45, headbuff Rider Helmet Pink pada harga RM30 serta payung Kosmo! bersaiz 24 inci yang dijual pada harga RM30.

“Orang ramai yang ingin merasai pengalaman sebagai pelumba sebenar boleh membeli set kombo Kosmo! dan Pink Racing pada harga RM130 serta layak menyertai cabutan bertuah,” katanya.
Bukan itu sahaja, orang ramai juga boleh bertemu dan berswafoto bersama maskot Kapten ­Kosmo! yang turut akan berada di gerai jualan tersebut.

Gerai jualan Kosmo!-Pink ­Racing juga akan dibuka di Litar Permotoran Terengganu pada 22 dan 23 September, Litar Lumba Tangkak (21 dan 22 Oktober) dan Batu Kawan (25 dan 26 November).

Sebagai makluman, akhbar Kosmo! di bawah Media Mulia Sdn. Bhd. adalah penaja kepada pasukan pasukan Tobaki Cilik Pink Racing Team (TCPRT).

Dalam pada itu, Pengurus Pasukan Pink Racing, Nur Atikah Azwar berkata, konvoi bermotosikal peminat TCPRT akan diadakan sebagai tanda sokongan terhadap pasukan permotoran itu.

“Sambutan konvoi agak memberangsangkan walaupun kita hadkan kepada 20 penunggang sahaja tetapi jumlah yang mahu ikut serta lebih daripada itu.

“Kita juga harap cuaca dalam keadaan baik dan dapat memudahkan perjalanan konvoi nanti,” katanya.

Dalam masa sama katanya, promosi kombo barangan eksklusif Kosmo! – Pink Racing turut mendapat sambutan yang menggalakkan justeru orang ramai juga diingatkan untuk tidak melepaskan peluang memiliki barangan tersebut di gerai Kosmo! – Pink Racing nanti.

“Kami turut berharap ketika perlumbaan nanti motosikal semuanya berada dalam keadaan baik dan pelumba juga boleh tamatkan perlumbaan,” ujarnya.

Sementara itu, semua barangan eksklusif Kosmo! boleh juga dibeli di https://mediamulia.onpay.my.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI