fbpx

Hari Kebangsaan: Agong, Raja Permaisuri teruja lihat abang bomba ditemani Hawa Rizwana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abang bomba ditemani Hawa Rizwana mencuri tumpuan pada sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Putrajaya hari ini.

PETALING JAYA – Persembahan anggota daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sekali lagi mencuri tumpuan pada sambutan Hari Kebangsaan 2023 yang berlangsung di Dataran Putrajaya hari ini.

Lebih istimewa tahun ini, perbarisan badan unit beruniform itu turut ditemani selebriti tanah air, Hawa Rizwana dan pelawak tempatan, Shashic Iewan.

Keterujaan orang ramai jelas dilihat dengan sorakan kuat sejurus melihat kontinjen JBPM yang mempamerkan lebih 10 ‘abang bomba’ bertubuh sasa sambil mengayakan otot di atas trak.

Tidak terkecuali, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah juga dilihat teruja ketika menyaksikan perbarisan tersebut.

Agong dan Raja Permaisuri teruja menyaksikan persembahan kontinjen JBPM pada sambutan Hari Kebangsaan 2023, hari ini.

Sementara itu, menerusi perkongsian di media sosial, golongan wanita antara yang paling teruja dan menantikan persembahan abang bomba.

“Tolong saya abang bomba, hati saya dah terbakar, hanya abang bomba sahaja yang dapat padamkan,” kata Erra Adam.

“Kemain abang bomba ‘posing’ (bergaya). Padu-padu semuanya,” ujar Aishah.

“Kami yang tengok dekat televisyen pun menjerit tepuk tangan bila giliran abang bomba, terbaik,” kata Hanim.

Sambutan Hari Kebangsaan 2023 bertemakan ‘Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan’.

Ini merupakan kali kelima sambutan Hari Kebangsaan diadakan di Putrajaya iaitu sebelum ini pada 2003, 2005, 2018 dan 2019. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI