fbpx

5,000 meriahkan Hari Kebangsaan peringkat negeri Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Onn Hafiz pada Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan 2023 Peringkat Negeri Johor, di Simpang Renggam hari ini.

KLUANG – Lebih 5,000 pengunjung menghadiri dan memeriahkan majlis Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan 2023 Peringkat Negeri Johor, yang julung kalinya diadakan di Simpang Renggam, dekat sini, hari ini.

Sambutan kemerdekaan yang diadakan di Jalan Johor Bahru – Ayer Hitam itu disertai oleh 118 kontinjen yang melibatkan seramai 5,000 orang

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menerima lintas hormat perarakan yang didahului oleh pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Pengunjung mula membanjiri lokasi seawal pukul 6.30 pagi bagi melihat perakaran yang terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan, pasukan badan beruniform, sekolah dan istitusi pendidikan tinggi dan pelbagai jenis kenderaan.

Majlis Hari Kebangsaan itu, menyaksikan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri Johor menjadi juara keseluruhan perbarisan dan perarakan serta turut dihadiri oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Dr Azmi Rohani. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI