fbpx

Yang Dipertua DUN Negeri Sembilan dari Amanah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aminuddin

SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun mengesahkan Yang Dipertua Dewan Undangan (DUN) akan dilantik dalam kalangan pemimpin Parti Amanah Negara (Amanah) di negeri ini manakala timbalannya akan diwakili oleh PKR .

Jelas beliau, pelantikan itu bagi memberi keseimbangan dalam Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan yang telah terbentuk namun menambah, nama calon bagi kedua-dua jawatan berkenaan masih belum ditetapkan.

“Jawatan Speaker masih belum dimuktamadkan, tetapi pada dasarnya dari Amanah, kami serahkan kepada Amanah untuk menentukan manakala jawatan Timbalan Speaker pula dari PKR.

“Kami akan minta perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir dan akan diundi di dalam Persidangan DUN yang pertama pada 26 September ini dalam majlis angkat sumpah (ADUN). Jawatan Speaker tidak semestinya daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Negeri di sini hari ini.

Jelas beliau, persidangan DUN Negeri Sembilan kali pertama bagi penggal Ke-15 akan diadakan empat hari termasuk majlis perasmian yang dijadual disempurnkan oleh Tuanku Muhriz iaitu pada 9 Oktober.

“Persidangan DUN kali pertama nanti melibatkan dua Rang Undang-undang (RUU) serta bajet tambahan bagi pengurusan kewangan negeri tahun 2023,” katanya.

Dalam pada itu Aminuddin berkata, persidangan DUN bagi Belanjawan 2024 Negeri Sembilan akan diadakan selama seminggu bermula 1 Disember. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI