fbpx

Dua pembantu kedai didakwa amang seksual remaja perempuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Arif Iskandar (kanan) dan Muhammad Hafiq Aieman (tengah) didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Dua pembantu kedai makan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan pada dua minggu lalu.

Tertuduh, Arif Iskandar Aznizam, 19, dan Muhammad Hafiq Aieman Mohd. Zulliadi, 20, membuat pengakuan tidak bersalah secara berasingan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Nooriah Osman.

Berdasarkan pertuduhan, Arif Iskandar dan Muhammad Hafiq Aieman didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa sama yang ketika kejadian berusia 13 tahun.

Kedua-dua pemuda berkenaan didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Kuala Berang, Hulu Terengganu pada pukul 6 petang, 18 Ogos lalu.

Mereka berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, mengikut Seksyen 14 (a) dan Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin RM8,000 setiap seorang dengan seorang penjamin dan menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 2 Oktober ini.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Intan Nor Hilwani Mat Rifin manakala tertuduh pula tidak diwakili peguam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI