fbpx

Helah curi ketika cuba barang kemas gagal, pasangan kekasih ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

AMPANG – Helah pasangan kekasih pura-pura melihat dan mencuba barangan kemas sebelum melarikan gelang bernilai RM618 akhirnya tumpas apabila ditahan di Bandar Saujana Putra, Jenjarom, semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, kejadian itu berlaku pada pukul 5.40 petang ketika seorang pekerja wanita berusia 25 tahun itu didatangi pasangan kekasih untuk membeli cincin di sebuah kedai emas di Jalan Mamanda, di sini, Sabtu lalu.

Katanya, suspek wanita berusia 26 tahun pada mulanya meminta pekerja terbabit membawa keluar tiga bentuk cincin yang diletakkan atas dulang pameran sambil dia mencuba salah satu gelang.

“Pasangan terbabit kemudian bersetuju membeli sebentuk cincin dengan harga RM308. Mereka cuba buat pembayaran secara pindahan wang tetapi pihak syarikat tidak menerima sebarang bayaran.

“Selepas itu pasangan terbabit tidak jadi membeli cincin berkenaan kerana pembayaran tidak boleh diterima dan beredar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Mohd Azam, tidak lama kemudian, pekerja terbabit sedar seutas gelang tangan yang dicuba suspek hilang disyaki curi.

“Ekoran itu, polis menahan lelaki berusia 35 tahun bekerja sebagai penghantar barang dan wanita itu pada pukul 8.30 malam di Bandar Saujana Putra, Jenjarom, semalam.

“Rampasan turut melibatkan tiga telefon bimbit pelbagai jenama, dua helai seluar warna coklat, sepasang kasut, Perodua Myvi berserta kunci, seutas rantai tangan, sebuah topi dan sehelai t-shirt warna putih,” katanya.

Beliau berkata, siasatan polis mendapati modus operandi kedua-dua suspek menyasarkan kedai emas

Tambah Mohd Azam, suspek pertama mempunyai empat rekod jenayah manakala suspek kedua mempunyai satu rekod jenayah.

“Ujian air kencing ke atas suspek pertama dan kedua positif morphine, opiate dan benzo,” katanya.

Katanya, mereka direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI